(https://hkp.moh.gov.my)

Unit Kejuruteraan Operasi HKP
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Pengurusan | Published by HKP on 29-Aug-2012

Pengenalan
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Kuala Penyu terdiri daripada kakitangan teknikal berkaitan kejuruteraan seperti jurutera dan penolong jurutera pelbagai bidang.

Pewujudan perjawatan jurutera dan penolong jurutera pelbagai bidang iaitu Awam, Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik. Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal yang spesifik mengikut skop masing-masing, bagi memenuhi skop kategori Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberi iaitu Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS), Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta Perkhidmatan Pencucian (CLS)

Selain daripada itu khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul.

Skop Perkhidmatan
Bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

Objektif
Visi
Unit kejuruteraan akan menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan institusi perubatan sebuah institusi yang cekap dan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.

Misi
Sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi oleh syarikat konsesi memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.

Piagam Pelanggan
  1. Memberi respon terhadap aduan kritikal serta merta
  2. Memberi respon terhadap aduan bersurat dalam 1 hari
  3. Menangani aduan awam (umum) dengan profesional dan dalam masa 48 jam.
  4. Membantu menjalankan pemantauan ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan oleh Syarikat Konsesi dari semasa ke semasa.
  5. Pemantauan dan penyelarasan khidmat sokongan hospital berjalan dengan lancar.
  6. Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
  7. Membantu menyediakan ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.
  8. Mengesahkan ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) peralatan biomedikal/elektronik.
  9. Membuat rondaan pemantauan 2 hari sekali.
  10. Membuat Joint Inspection 2 minggu sekali.
  11. Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dari semasa ke semasa.
  12. Membantu menyemak bil/inbois untuk pengesahan pengesahan bayaran atau penalti sebulan sekali.
  13. Mengurus Mesyuarat Pegawai Pengantara dan Mesyuarat Jawatankuasa Validasi seperti yang telah dirancang.


Clinical Waste Management (CWMS)
Skop Perkhidmatan CWM

Linen and Laundry Servies (LLS)
Skop Perkhidmatan LLS


Cleansing Services (CLS)
Skop perkhidmatan CLS


Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)
Skop Perkhidmatan FEMS


Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)
Skop Perkhidmatan BEMS