(https://hkp.moh.gov.my)

Unit Kerja Sosial Perubatan HKP 2019
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Sokongan Klinikal | Published by HKP on 10-Feb-2019

Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

Mula beroperasi di Hospital Kuala Penyu pada bulan Febuari 2006 dan dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat.Unit Kerja Sosial Perubatan atau UKSP dahulunya dikenali sebagai Unit Kebajikan Perubatan. UKSP adalah berbeza dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM. UKSP lebih menumpukan skop perkhidmatan dalam kalangan pesakit di Hospital. Antara perkhidmatan utama yang diberikan adalah bantuan praktik dan terapi sokongan.

Waktu Operasi
Isnin - Khamis

Jumaat

Lokasi
Di Unit Pengurusan Tingkat 1, Hospital Kuala Penyu

Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Kuala Penyu adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dan / atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.

Proses intervensi kerja sosial perubatan memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.

1.Terapi Sokongan / Kaunseling
Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:

Bantuan terapi sokongan diberi kepada:


2. Bantuan Praktik
Intervensi bantuan praktik melibatkan aspek:

Bantuan praktik ini diberikan kepada pesakit akut dan kronik.


Agensi-agensi pemberi bantuan yang terlibat:



Objektif Unit


Misi Unit
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

Visi Unit
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik

Piagam Pelanggan