(https://hkp.moh.gov.my)

Unit Bekalan Bahan Steril HKP 2019
Unit Bekalan Bahan Steril Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Sokongan Klinikal | Published by HKP on 08-May-2010

Pengenalan
Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) Hospital Kuala Penyu merupakan nadi utama hospital yang penting bagi membekalkan bahan steril untuk hospital.

Skop Perkhidmatan
Membekalkan peralatan dan linen yang steril dan selamat untuk digunakan oleh pesakit dan anggota wad atau unit di Hospital Kuala Penyu

Objektif Unit
Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan dengan melaksanakan prinsip sterilisasi bagi tujuan mengawal infeksi di Hospital Kuala Penyu.

Visi Unit
Berlandaskan budaya korporat dan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berteknologi tinggi, unit bekalan steril menjadi pusat utama dalam menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilisasi peralatan perubatan kepada semua unit/wad di Hospital Kuala Penyu.

Misi Unit
Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan melakukan prosedur dengan lebih kompeten dan selamat ke arah memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah bertanggungjawab menjadikan semua peralatan dan barang-barang steril dan selamat kepada unit / wad, klinik-klinik kesihatan untuk pencegahan dan pengawalan jangkitan.

Kewajipan Pelanggan
Bagi membolehkan bahagian ini melaksanakan piagam pelanggan dengan cepat berkesan menjadi kewajipan pelanggan untuk :-