(https://hkp.moh.gov.my)

Unit Radiologi HKP
Unit Radiologi Hospital Kuala Penyu
Category : Bahagian Sokongan Klinikal | Published by HKP on 09-May-2010

Pengenalan
Pada 8 November 1895, Wilhem Konrad Roentgen berbangasa Jerman telah menemui suatu cahaya yang tidak kelihatan berupaya menembusi berbagai jenis tisu badan manusia. Beliau menamakan cahaya tersebut X-RAY

Imej yang terhasil dirakamkan ke filem fotografi yang dipanggil Radiograf. Perubatan radiografi yang kini dikenali dengan nama “ Pengimejan Diagnostik” adalah satu alat diagnostik membantu para doktor untuk memastikan suatu penyakit atau kecederaan secara positif.

Skop Perkhidmatan

Pemeriksaan Yang Dijalankan Di Unit Radiologi, Hospital Kuala Penyu
1. Pemeriksaan Radiografi Am : 2. Pemeriksaan Khas IVU (Intra Venous Radiography) Pemeriksaan X-ray ini menggunakan kontras media yang disuntik melalui salur darah untuk melihat fungsi saluran kencing pesakit. Sebelum pemeriksaan dilakukan pesakit perlu berpuasa dan memakan ubat Dulcolax/Bisacodyl untuk membersihkan usus. Pesakit yang mempunyai alahan / alergi kepada sebarang makanan atau ubat serta mempunyai asma perlu memakan ubat Prednisolone untuk mengelakkan reaksi kepada media kontras. Pemeriksaan selalunya mengambil masa setengah jam – sejam setengah bergantung kepada keadaan pesakit. 3. Pemeriksaan X-ray Bergerak / Mudah Alih (Portable ) 4. Pemeriksaan Semasa On-Call

Peringatan Untuk Wanita Sila beritahu kakitangan yang bertugas di Kaunter Pendaftaran atau kepada Juru X-Ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.


Objektif Unit
Memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit secara profesional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti, tepat dan mudah dianalisa

Misi Unit
Perkhidmatan Radiologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka kepada keperluan pelanggan berteraskan kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme.

Visi Unit
Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang berdiagnostik tinggi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit secara profesional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti serta mengambil kira perlindungan radiasi dan privasi pesakit.


Hari Masa Perkhidmatan
Isnin – Khamis 08. 00 am - 1.00 pm 02.00 pm - 05.00 pm
Jumaat 08.00 am - 11.30 am 02.00 pm - 05.00 pm
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am Tugas Atas Panggilan ( On- Call ) 24 Jam