Unit Pemulihan Cara Kerja Hospital Kuala Penyu
Bahagian Sokongan Klinikal
Pengenalan Unit Pemulihan Cara Kerja Hospital Kuala Penyu adalah merupakan sebuah unit dalam bahagian Sokongan Klinikal dan telah mula beroperasi bermula pada Oktober 2013.
Skop Perkhidmatan dan Rawatan
a. Aktiviti Pemulihan Activities of Daily Living (ADL)
b. Aktiviti Pemulihan Instrumental of Daily Living (IADL)
- Aktiviti Pemulihan Tangan & Anggota Atas
- Aktiviti Pemulihan Kanak-Kanak
c. Aktiviti Penilaian & Latihan Cognitive & Perceptual
- Aktiviti Penilaian & Latihan Pekerjaan
- Rawatan TEDS
- Rawatan Splinting
- Aktiviti Home Visit
Objektif Unit
- Membantu pelanggan supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan dapat menjalani kehidupan yang berdikari atau seoptima yang boleh dilakukan, dan juga merasa puas terhadap keupayaan tersebut.
- Membantu memberikan rawatan sebaik mungkin supaya pelanggan dapat menjalani kehidupan seharian sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat riadah serta di tempat bersosial yang lain serta melakukan aktiviti kerohanian mereka dengan seoptima yang mungkin, baik selepas mengalami kecederaan, penyakit fizikal, kecacatan sejak lahir atau akibat proses penuaan.
Visi Unit
Memberi perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan komprehensif untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan dari aspek fizikal, mental, pekerjaan, riadah dan psikososial serta integrasi pelanggan di persekitaran mereka.
Misi Unit
- Memberi perkhidmatan Pemulihan Carakerja kepada pelanggan secara cemerlang dan efektif.
- Menjalankan aktiviti penilaian, rawatan pemulihan, pencegahan, promosi dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan
- Menjalankan aktiviti latihan dalam perkhidmatan secara berterusan.
- Menitikberatkan program rehabilitasi berpasukan bagi member perkhidmatan rehabilitasi yang komprehensif.
Piagam Pelanggan Unit
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan professional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang dilaksanakan.
- Setiap pelanggan akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran.
- Setiap Pesakit Dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
- Setiap Pesakit Luar rujukan baru akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
- Rawatan akan mengambil masa dari 30 minit hingga 60 minit bergantung kepada kondisi dan kaedah rawatan yang diberikan.
Tags:
HKP
Unit
hospital
kerja
Cara
pemulihan
Kakitangan Unit