Unit Pengurusan Hospital Kuala Penyu
Bahagian Pengurusan
Pengenalan
Unit Pentadbiran terdiri sub unit utama iaitu Unit Perkhidmatan, Unit Aset & Stor dan Unit Pegawai Khidmat Pelanggan. Unit-unit ini bertanggungjawab untuk memberi pelbagai perkhidmatan yang menjurus kepada urusan pentadbiran Hospital iaitu termasuk perjawatan kakitangan Hospital Kuala Penyu.
Skop Perkhidmatan Unit Pentadbiran
- Menguruskan dan menyediakan keperluan peralatan pejabat bagi memastikan keseluruhan sistem pentadbiran berjalan lancar
- Bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kaunter yang berkualiti.
- Menguruskan penghantaran dan penerimaan surat dalaman dan luaran HKP.
- Urusan Rekod dan Inventori.
- Menguruskan penyediaan pakaian seragam untuk semua kakitangan yang layak dibekalkan
- Menguruskan pencalonan pingat dan anugerah darjah kebesaran negeri dan persekutuan dan anugerah yang lain bagi kakitangan yang layak dicalonkan
- Menguruskan Perisytiharan Harta bagi semua kakitangan HKP
- Menguruskan dan urusetia bagi semua rekod MPK semua unit dan Fail Meja untuk kakitangan Pentadbiran
- Menguruskan serta urusetia bagi Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Anugerah Perkhidman Cemerlang (APC) kakitangan HKP
- Urusan Aset Inventori bagi Pejabat.
- Menguruskan sistem stor.
- Menguruskan rekod dan penyimpanan kunci-kunci Pejabat Hospital Kuala Penyu
- Menguruskan jadual penggunaan Bilik Mesyuarat Utama
- Menguruskan tempahan makanan bagi Mesyuarat
- Menyediakan borang-borang Am untuk pejabat
- Memantau rekod kehadiran bagi semua kakitangan hospital
Skop Perkhidmatan - Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
- Menyediakan perancangan sumber manusia yang strategik, efisien dan memaksimumkan sumber manusia yang ada, memproses pertukaran anggota, penetapan gaji, penyemakan gaji, pemakaian dan penyemakan skim perkhidmatan.
- Perancangan sumber manusia melalui penyediaan inventori ramalan dan unjuran keperluan sumber manusia.
- Melaksanakan perancangan tenaga manusia di peringkat PTJ mengikut Garis Panduan Perancangan Tenaga Manusia Sektor Awam 1985 yang dikeluarkan oleh JPA.
- Menyemak dan memastikan kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan segera.
- Pelaksanaan skim perkhidmatan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Melaksanakan urusan pengambilan dam pelantikan kakitangan sambilan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2000
- Melaksanakan urusan pertukaran lantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 17/2002.
- Melaksanakan penetapan gaji bagi pegawai yang dinaikkan pangkat secara lantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2003
- Melaksanakan kaedah penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat berdasarkan P.Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2007
- Melaksanakan urusan kenaikan pangkat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Melaksanakan sesi tapisan dan saringan permohonan jawatan kakitangan baru (Pekerja Sambilan) dan senarai pendek pemohon.
- Penempatan dan pertukaran mengikut keperluan dan kepentingan.
- Mengemaskini data-data perjawatan dari segi bilangan perjawatan dan pengisian.
- Urusan kenaikan pangkat.
Lain Lain skop dan peranan unit adalah seperti berikut:
- Cuti kakitangan.
- Perletakan jawatan.
- Pencen
- Pinjaman perumahan.
- Disiplin dan tatetertib.
- Permohonan ke luar negara.
- Pengeluaran KWSP.
- Urusan gaji, perubahan gaji, bonus, tunggakan dan elaun.
- Pemangkuan dan penanggungan tugas.
- Permohonan kursus induksi.
- Opsyen pencen dan KWSP.
- Maklumat Staf.
- Pelepasan dengan izin.
- Buku rekod perkhidmatan.
- Fail peribadi kakitangan.
Piagam Pelanggan Unit Pentadbiran
- Surat dan Pekeliling diedarkan kepada Unit-Unit dalam masa tiga (3) hari setelah mendapat arahan daripada Pihak Hospital
- Pengesahan Pelantikan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja setelah memenuhi syarat-syarat pengesahan.
- Pemberian Taraf Berpencen diproses selepas genap tiga (3) tahun berkhidmat.
- Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat diproses dalam tempoh tiga (3) hari setelah mendapat surat edaran urusan/iklan
- Tuntutan Elaun Perjalanan dan Elaun lebih Masa akan diproses dalam tempoh tujuh(7) hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
Tags:
HKP
Unit
hospital
pengurusan
Pentadbiran
Kakitangan Unit