Pengenalan Wad Perempuan (2B) terletak di aras 2, berhadapan dengan lif dan Unit Patologi Wad ini dijaga oleh seorang Ketua Jururawat Gred U32, yang bertanggungjawab menjalankan pengurusan harian wad dan pengurusan klinikal dan perawatan kejururawatan. Wad ini menyediakan katil bertaraf kelas 3 sahaja.Jumlah katil adalah 17 buah.
Skop Perkhidmatan a. Rawatan Pesakit Dalam
Menyediakan perkhidmatan diagnose, rawatan dan pemulihan yang bersesuaian, mencukupi, selesa, berkesan dan mudah diperolehi oleh orang awam
Ianya juga memberikan rawatan perubatan Institutional demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat
b. Perubatan Am
Untuk merawat dan memulihkan pesakit-pesakit kepada keadaan kesihatan optima yang boleh dicapai
Menyediakan perkhidmatan, pemeriksaan diagnostik, perawatan kejururawatan dan rehabilitasi untuk pesakit perempuan dari had umur 13 tahun ke atas dan menjaga ibu dengan sakit puan (Ginekologi)
Memberi ceramah kesihatan untuk semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai penyakit, kebersihan diri dan sekeliling, amalan pemakanan yang sihat dan juga cara hidup sihat
Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.
Objektif 1. Memberi perkhidmatan diagnosa, perawatan dan rehabilitasi yang bersesuaian, mencukupi, selesa dan berkesan demi mencapai optima mengikut kemampuan pesakit. 2. Meningkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya mendapat rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri agar mortaliti dan mobiditi dapat dikurangkan. 3. Memberi layanan yang mesra dan penyayang tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama.
Visi Unit Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang, cekap, mesra beretika dalam menekankan aspek promatif, proaktif, kreatif dan inovatif bagi keperluan dan ekspektasi pelanggan.
Misi Unit Meningkatkan kualiti perawatan pelanggan,ke tahap yang optima melalui pembangunan kerjaya kejururawatan yang professional, penyayang dan semangat berpasukan.
Piagam Pelanggan WAD
Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra,bertimbangrasa, hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.
Selepas tiba di wad ,setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 10 minit.
Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalama masa 60 minit.
Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan yang tertakluk kepada undang-undang.
Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangakan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
DISCAJ Pesakit akan diberitahu 3 JAM lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:
Maklumat temujanji
Risalah rawatan susulan
Surat rujukan kepada pakar/Pegawai Perubatan Klinik swasta yang merujuk
Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit
Nasihat
KEWAJIPAN PELANGGAN Bagi membolehkan bahagian in melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cepat dan berkesan adalah kewajipan pelanggan untuk:-
Mematuhi garis panduan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
Mematuhi kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.
Hubungi Kami
Alamat ::
Hospital Kuala Penyu, WDT No 35, 89747,
Kuala Penyu Sabah
MALAYSIA
GPS ::
5.561566, 115.585295
No Telefon ::
087-853100
No Faks ::
087-884212
Emel ::
Maklumbalas & Aduan