Hospital Kuala Penyu (HKP) telah mula beroperasi sejak pada 28 Februari 2006. Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu pada masa ini dijalankan oleh Timbalan Pengarah HKP Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa bermula pada 24 Julai 2019 sehinggalah sekarang bagi menggantikan Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad yang menyambung pengajian di Philippines.
Dr. Mohd. Suffian Bin Laupa Timbalan Pengarah Hospital UD44
Skop Perkhidmatan Pengarah Hospital
Berikut merupakan ringkasan tugas pengarah Hospital:
Tadbir urus Perkhidmatan Klinikal (Clinical Governance)
Pemantauan epidemiologi, pengawalan dan pencegahan penyakit
Perancangan jangkamasa pendek dan panjang untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dalam masyarakat
Pelaksanaan aktiviti inisiatif
Pelaksanaan peraturan-peraturan dan perundangan perubatan
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber kewangan
Pengurusan perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan
Pengurusan perolehan dan penggunaan ubat-ubatan
Pelaksanan arahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat hospital
Perancangan, pelaksanan dan penilaian aktiviti promosi kesihatan
Pelaksanaan penyelidikan dan kajian
Penyiasatan aduan
Pelaksanaan piagam pelanggan
Perancangan dan pelaksanaan aktiviti latihan hospital
Jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pengarah hospital
Lain-lain tugas yang diarah oleh pihak atasan
Dr Sabariah Mohamad Sa'ad 14 September 2015 - 24 Julai 2019
Dr. Esmar Abd. Hamid 15 Julai 2010 - 14 September 2015
Dr Liew On Heong 26 April 2010 - 15 Julai 2010
Tuan Haji Mohd Zulkifli Bin Mohd Tahir 01 Disember 2006 - 26 April 2010
Dr Breithner G Johniu 22 November 2005 - 30 November 2006
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.
Hubungi Kami
Alamat ::
Hospital Kuala Penyu, WDT No 35, 89747,
Kuala Penyu Sabah
MALAYSIA
GPS ::
5.561566, 115.585295
No Telefon ::
087-853100
No Faks ::
087-884212
Emel ::
Maklumbalas & Aduan