Unit Kejururawatan Hospital Kuala Penyu
Bahagian Sokongan Klinikal
Pengenalan
Unit Kejururawatan merupakan unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Kejururawatan di Hospital Kuala Penyu
Skop Perkhidmatan
- Sentiasa siap bersedia 24 jam untuk berkhidmat semasa kecemasan, bencana alam, malapetaka dan sebagainya.
- Membantu dan mengambil bahagian didalam perancangan pembangunan/pengubahsuaian terutama didalam merancang keperluan anggota kejururawatan.
- Merancang, menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan dan latihan yang berkaitan dengan kerjasama unit latihan hospital.
- Membuat penempatan anggota kejururawatan yang baru bertukar masuk ke hospital ini.
- Memberitahu/memberi keterangan kepada semua anggota kejururawatan tentang kemajuan dan perubahan dibidang kejururawatan dari masa ke semasa.
- Kemukakan permohonan perjawatan tambahan/baru bagi anggota kejururawatan kepada Penyelia Jururawat Negeri setahun sekali.
- Menentukan anggota kejururawatan adalah mencukupi berpandukan jadual tugas mingguan anggota jururawat dari setiap wad/unit.
- Memberi nasihat/bimbingan dan batuan kepada pentadbiran hospital di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan bidang kejururawatan dan perawatan pesakit.
- Menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan dibidang tertentu ditempatkan/digunakan di unit berkenaan.
- Menentukan agar setiap anggota kejururawatan akan diberi peluang kerjaya yang bersesuaian melalui latihan atau latihan semula penempatan dan kenaikkan pangkat (yang layak)
- Meningkatkan kebajikan anggota termasuk pelatih
Objektif Unit
- Meningkatkan produktiviti dalam latihan dan perkhidmatan kejururawatan.
- Menjana sumber-sumber baru dalam teknologi dan pengetahuan, service-intensive, ICT dan kepakaran kejururawatan.
- Memperkukuhkan sistem pentadbiran kejururawatan.
Misi Unit
- Memajukan profesyen kejururawatan ketahap nilai yang tinggi
- Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
- Mengurus isu kejururawatan secara konstuktif dan produktif
- Menambahbaik dan mengekal piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan
- Meningkat serta mengukuhkan mekanisme implementasi dan pemantauan perkhidmatan kejururawatan
Visi Unit
Bersama-sama menggembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisme kejururawatan
Piagam Pelanggan
- Memberikan orientasi kepada anggota jururawat yang baru melaporkan diri di hospital ini
- Memberi perkhidmatan secara professional dan mesra berdasarkan polisi KKM, JKNS dan Hospital Kuala Penyu
- Sentiasa mengemaskinikan sebarang pembaharuan dalam perkhidmatan kejururawatan untuk memantapkan kualiti jururawat
Tags:
HKP
Unit
hospital
Kejururawatan