Pengenalan Unit
Unit Patologi dan Tabung Darah merupakan antara nadi utama Hospital Kuala Penyu. Peranan utama Unit Patologi adalah menganalisa atau membuat ujian dari contoh darah, serum, urin dan apa jua jenis bendalir badan dari seseorang pesakit.
Unit ini dilengkapi dengan palbagai mesin yang terkini dan berteknologi tinggi dalam membuat ujian atau menganalisa semua contoh darah yang diterima. Semua ujian yang dilakukan adalah mengikut prosedur yang mempunyai kawalan kualiti kerja (Quality Control) . Manakala untuk Unit Tabung Darah ia berfungsi membekal darah yang selamat kepada pesakit.
Semua Juruteknologi Makmal Perubatan yang berkhidmat di Unit Patologi adalah terlatih dan memiliki Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan yang diiktraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
2. Biochemistry Sodium (NA), Pottasium (K ), Chloride (CL), Bun ( Blood Urea Nitrogen ), Blood Sugar ( RBS,FBS ), Creatinine, Uric Acid,Renal Profile ( RFT ), Cardiac Enzyme (LDH,CK,AST ) Serum Bilirubin ( Total,Direct), ALP,ALT,LFT,Amylase,Protein,Albumin MOGTT,TG,CHOL, Magnesium, Phostate, Calcium, Urine Drug Test
3. Mikrobiologi Dan Klinikal BSMP (Blood Smear Maparia Parasit), UPT(Urine Pregnancy Test), Gram Stain , Giemsa Stain ,Ziehl Nelson Stain ,Wet Swab Direct Smear ,Blood Smear For Filariasis,Skin Scrapping For Leprosy Stool Feme,Stool Ocult Blood,Urine Feme
4. Serologi
5. Transfusi Darah
6. Lain-Lain Ujian Mana-mana ujian yang tidak tersenarai dalam laman ini adalah ujian yang di hantar ke Makmal Pusat Rujukan Kota Kinabalu .
Objektif Unit
Misi Unit
Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem pengurusan berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
Visi Unit
Unit Patologi merupakan perkhidmatan yang cemerlang kerana menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dan canggih dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisma demi memberi rawatan yang berkualiti kepada pesakit . Mewujudkan satu system perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat pesakit yang lebih berkualiti serta sistematik melalui perkhidmatan yang efisyen, cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan
Piagam Pelanggan
Setiap Pelangan akan di layan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan, jujur dan ikhlas. Darah akan di ambil untuk ujian dalam 30 Minit selepas penerimaan borang ujian. Keputusan akan disediakan dalam masa :-
| BIL | UJIAN | MASA |
|---|---|---|
| 1 | FBC (Tidak Termasuk ESR ) | 60 Minit |
| 2 | Haemoglobin | 30 Minit |
| 3 | Urine For Full Examination | 30 Minit |
| 4 | Urine Pregnancy | 30 Minit |
| 5 | Serum Bilirubin Peads | 60 Minit |
| 6 | Random Blood Sugar | 30 Minit |
| 7 | PT | 60 Minit |
| 8 | APTT | 60 Minit |
| 9 | Blood Urea Nitrogen And Electrolyte | 60 Minit |
| 10 | Blood Smear For Malaria | 60 Minit |
| 11 | Gram Stain And Wet Mount | 60 Minit |
| Hari | Masa Operasi |
|---|---|
| Isnin – Khamis | 8.00 Pagi - 1:00 petang 2:00 petang - 5.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 11.30. tengah hari 2.00 petang - 5.00 petang |
| Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am | Untuk wad dan unit kecemasan sahaja Beroperasi 24 Jam untuk kes kecemasan sahaja |
| Hari | Masa Menderma Darah |
| Isnin – Khamis | 8.00 pagi - 1.00 petang 2:00 petang – 5:00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi – 11.30 pagi 2.00 petang – 5.00 petang Beroperasi 24 Jam untuk kes kecemasan sahaja |
Tags:
HKP
Unit
hospital
Darah
Patologi
Tabung
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

