Pengenalan
Dewan Bersalin Hospital Kuala Penyu mula dibuka kepada orang awam pada tahun 2006. Ia menawarkan perkhidmatan kepada ibu mengandung dan ibu bersalin.
Skop Perkhidmatan
Objektif Unit
Visi Unit
Memberi perkhidmatan kebidanan yang berkualiti dalam perkhidmatan pesakit sejajar dengan vIsi Hospital Kuala Penyu, JKNS dan KKM.
Misi Unit
Melaksanakan perkhidmatan perawatan dengan menyerapkan pendekatan-pendekatan Budaya Korporat berdasarkan elemen etika Kejururawatan, Kebidanan agar klien dan anggota menikmati kesihatan serta perkhidmatan bernilai.
Piagam Pelanggan
** Lawatan hanya dibenarkan diruang menunggu sahaja
| Hari | Masa Melawat |
| Isnin – Khamis | 12:30 tengahari – 2.00 petang4:30 petang – 7:30 malam |
| Jumaat | 11.30. tengah hari - 2.00 petang4.30 petang – 7.30 malam |
| Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am | 12:30 tengahari – 7:30 malam |
1) Menggalakkan ibu untuk mempunyai seorang teman seperti suami atau ahli keluarga perempuan sahaja untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan.
2) Ibu-ibu boleh mengambil makanan atau minuman ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran bagi ibu-ibu berisiko rendah
3) Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubat melainkan jika diperlukan.
4) Ibu digalakkan untuk berjalan dan bergerak sebelum melahirkan di dalam bilik bersalin. Hospital Kuala
Penyu mengamalkan cara kelahiran mengikut posisi dorsal dan lithotomi.
5) Tidak menggunakan sebarang prosedur ‘invasive’ semasa kelahiran melainkan keadaan memerlukan
Tags:
HKP
Unit
hospital
Dewan
Bersalin
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

