Tarikh Kemaskini :: 15.01.2021
Dikemaskini Oleh :: Donney Kunin
Jenis Darah |
Stok Darah |
Paras Darah |
O | 16 pain |
Normal
|
A | 8 pain |
Normal
|
B | 12 pain |
Normal
|
AB | 0 pain |
Kritikal
|
Perhatian Tuan/Puan Sekiranya anda ingin menderma darah di Hospital Kuala Penyu, sila berhubung dengan anggota kami di no talian 087-853100/087-853156/087-853162
1. En Cyril Misong
2. En Donney Kunin
3. Pn Salmeh Salleh
Masa Perkhidmatan
Masa Pejabat:
Pagi : 10.00am-12.30pm
Petang : 2.30pm-4.15pm
Bagi penderma darah yang ingin menderma darah pada hujung minggu atau hari kelepasan am, sila maklumkan awal kepada anggota kami satu minggu awal dan penderma darah mestilah 5 orang ke atas.
Kelayakan Menderma Darah
- Berumur 18 tahun hingga ke 60 tahun (Sekiranya 18 Tahun ke bawah, perlu mendapatkan kenbenaran daripada ibu bapa
- Berat badan melebihi 45 kg
- Paras hemoglobin darah bagi Perempuan : ≥ 12.5
- Paras hemoglobin darah bagi Lelaki ≥ 13.5
- Tidak Mengambil Sebarang Ubatan Atau Antibiotik
- Tidak Menghidap Penyakit Sawan Darah Tinggi, Penyakit Jantung, Kencing Manis Diabetes
- Tidak Hamil, Tidak Menyusukan Bayi, Tidak Haid
- Telah Mendapatkan Tidur Yang Melibihi 5 Jam
Anda dilarang menderma darah sekiranya
- Mengamalkan hubungan seks sejenis
- Mengamalkan hubungan seks dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Menghidap penyakit kelamin
- Melanggani pekerja seks
- Bertukar-tukar pasangan seks
- Mengambil darah melalui jarum suntikan yang dikongsi