Pada 24-25 September 2012 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Orientasi bagi Kakitangan Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 34 orang peserta telah menghadiri kursus yang dianjurkan AJK Budaya Korporat HKP.
Peserta-peserta merupakan anggota Hospital Kuala Penyu (HKP) yang terdiri dari lantikan baru, anggota yang naik pangkat dan juga anggota yang bertukar masuk ke HKP. Antara tujuan utama kursus adalah untuk menerapkan elemen-elemen budaya korporat terutama moto utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kami Sedia Membantu dikalangan peserta.
Antara tajuk ceramah yang dibentangkan adalah seperti ceramah berkenaan Komunikasi, Cuti, Nilai-nilai murni, Motivasi di tempat Kerja, Pengurusan Stress dan sebagainya.
Penceramah terdiri daripada anggota senior Hospital Kuala Penyu dan penceramah jemputan khas, Puan Fatmawati seorang Pegawai Psikologi dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Laporan Disediakan
Puan Hazizizah Mat Tiaman
Penyelaras AJK Budaya Korporat
Hospital Kuala Penyu
Kursus Orientasi HKP 2012 | 24-25 September 2012. Gambar oleh Hardie.
Kursus Orientasi HKP 2012 | 24-25 September 2012. Gambar oleh Hardie.
Kursus Orientasi HKP 2012 | 24-25 September 2012. Gambar oleh Hardie.
Kursus Orientasi HKP 2012 | 24-25 September 2012. Gambar oleh Hardie.



Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

