Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2012
Kempen Kesihatan
26-Mar-2012
4225 Hits
Pada 29 Mac 2012 telah berlangsungnya Majlis Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu di Dewan Dato' Shahbandar Makang Kuala Penyu. Kempen ini merupakan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu dan pihak Hospital Kuala Penyu.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Haji Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.177 Beaufort.
Melalui tema Kesihatan Sepanjang Hayat kempen ini bermatlamatkan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan dan mempunyai misi untuk membantu semua golongan masyarakat mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
Selain dari orang ramai, pemimpin-pemimpin masyarakat, wakil-wakil Jabatan, Pengerusi JKKK & Ketua Kampung, Ngo dan Badan-Badan Keagamaan telah menghadirkan diri untuk terlibat bersama-sama menjayakan kempen kesedaran kesihatan awam ini.
Antara atucara yang telah diadakan ialah seperti saringan dan pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, pameran kesihatan, program senamrobik dan cabutan tiket bertuah
Album Gambar

Program Senarobik @ Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2012 | 29 Mac 2012. Dewan Dato Shahbandar Makang. Kuala Penyu

Ceramah Kesihatan @ Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2012 | 29 Mac 2012. Dewan Dato Shahbandar Makang. Kuala Penyu

Program Senamrobik @ Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2012 | 29 Mac 2012. Dewan Dato Shahbandar Makang. Kuala Penyu

Kempen Kesedaran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2012 | 29 Mac 2012. Dewan Dato Shahbandar Makang. Kuala Penyu

Kempen Kesedran Kesihatan Peringkat Daerah Kuala Penyu 2012 | 29 Mac 2012. Dewan Dato Shahbandar Makang. Kuala Penyu

Tags:
kuala
penyu
kesihatan
Kempen