Unit Sajian HKP mendapat Pembaharuan Sijil MeSTI
Pencapaian
813 Hits
Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti dan Makanan telah
memperbaharui Pengiktirafan Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) bagi Unit Sajian Hospital Kuala Penyu dari 22 Januari 2020 – 26 Disember 2022
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).
PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan
Tahniah diucapkan kepada Unit Sajian Hospital Kuala Penyu dan seluruh warga Hospital Kuala Penyu !!!
Tags:
Unit
Kualiti
pencapaian
Sajian
mesti