Visi, Misi dan Objektif Baru Hospital Kuala Penyu Tahun 2019
Program Hospital
707 Hits
Hasil cetusan idea utama Dr Sabariah Binti Sa'ad, Pengarah Hospital Kuala Penyu (HKP) bersama perbincangan Ketua-Ketua Unit HKP maka lahirlah Visi, Misi dan Objektif baru Hospital Kuala Penyu seperti berikut:-
Visi
Ke arah masyarakat sihat melalui sistem perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan dan beretika kepada semua peringkat masyarakat di daerah Kuala Penyu.
Misi
Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Kuala Penyu dan daerah sekitarnya melalui perkhidmatan rawatan yang adil dan saksama serta efisien, menggunakan teknologi yang bersesuaian serta mesra pelanggan.
Objektif
- Menyediakan latihan dan tenaga professional yang mencukupi bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada masyarakat Kuala Penyu dan sekitarnya.
- Mewujudkan persekitaran yang mesra,selesa dan selamat untuk pesakit, keluarga dan anggota hospital.
- Menggunakan sumber sedia ada secara optimum dalam memberi perawatan yang terbaik.
- Memberikan perkhidmatan komprehensif yang berkualiti dengan cemerlang, prihatin dan berkesan kepada semua masyarakat.
Diharapkan melalui Visi, Misi dan Objektif baru ini akan lahir semangat dan azam baru semua anggota Hospital Kuala Penyu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di Daerah Kuala Penyu.
Tags:
HKP
Kualiti
visi
misi
Objektif