Bengkel Khidmat Nasihat Kewangan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2018
Kursus dan Latihan
603 Hits
KUALA PENYU - Pada 6 september 2018 yang lalu Jawatankuasa Budaya Koporat ,Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Bengkel Khidmat Nasihat Kewangan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bertempat di Bilik Seminar Utama HKP. Penyertaan adalah seramai 25 orang peserta termasuk Jawatankuasa.
Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:
Penaung : Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad
Penyelaras : Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (AKRAB)
Urusetia :Pn. Noorelmaswaty Binti Esa
Tajuk ceramah dan Penceramah :
1) Pengurusan Kewangan Berhemah (Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus –AKRAB)
2) Modal Bantuan Bagi KKM (Pn. Hayati Mumin - AKRAB)
3) Hibah dan Wasiat ( En . Othman – Amanah Raya)
4) Sesi Interaktif dalam kumpulan (Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus –AKRAB)
Objektif Bengkel:• Memastikan anggota mengamalkan nilai-nilai murni/budaya korporat semasa bertugas.
• Memastikan anggota memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi semasa bertugas
• Memastikan anggota dapat menguruskan kewangan dengan lebih berhemat dan keluar dari keterhutangan serius.
• Memastikan anggota lebih bermotivasi, professional dan mengamalkan amalan sihat
• Memastikan anggota di dedahkan dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membentuk anggota KKM yang mampu menggalas dasar dan peraturan kerajaan.
Sesi interaktif yang di jalankan bertujuan untuk membentuk semangat berpasukan, pemahaman nilai-nilai murni dan kewangan setelah melakukan tugasan yang meningkatkan motivasi diri.
Selain itu peserta yang semua terdiri dari pegawai baru dan pegawai lama juga diharap dapat memperkemaskan ilmu pengetahuan dan lebih bermotivasi dan menghindarkan diri dari keterhutangan serius serta perkara-perkara yang berlanggar dengan peraturan sebagai penjawat awam. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan bengkel seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun.
Laporan disediakan:Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (A 10099614)
AKRAB, Hospital Kuala Penyu
Tags:
bengkel
akrab