Sejarah X-Ray Pada 8 November 1895, Wilhem Konrad Roentgen berbangasa Jerman telah menemui suatu cahaya yang tidak kelihatan berupaya menembusi berbagai jenis tisu badan manusia. Beliau menamakan cahaya tersebut X-RAY Imej yang terhasil dirakamkan ke filem fotografi yang dipanggil Radiograf.
Perubatan radiografi yang kini dikenali dengan nama “ Pengimejan Diagnostik” adalah satu alat diagnostik membantu para doktor untuk memastikan suatu penyakit atau kecederaan secara positif. Adakah Sinar - X ( X-Ray) Merbahaya ?
Oleh sebab sinar – X boleh memusnahkan sel-sel tubuh, maka ia merbahaya kepada kesihatan jika tidak dikendalikan dengan betul. Beberapa Undang – Undang dan Peraturan telah ditetapkan bagi mengelakkan bahaya atau kerosakkan yang mungkin berlaku akibat tindakan sinaran –X ke atas tubuh manusia. Sinaran-X tidak merbahaya jika digunakan secara terkawal dengan penggunaan yang minima.
Disusun dan disediakan oleh
Unit Radiologi Hospital Kuala Penyu
Tags:
diagnostik
radiologi
radiograf
X-ray
sinar-x