Elakkan Penyakit Semasa Banjir
Info Kesihatan
11-Mar-2011
2917 Hits
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah atau bahaya seperti :
- Lemas
- Terdedahkepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atauterjatuh ke dalam longkang
- Terkenarenjatan elektrik
- Terdedahkepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
TindakanYang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
- Jauhitempat-tempat yang dilanda banjir
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
BagaimanaKita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
- Sentiasaminum air yang telah dimasak
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentahseperti sayur-sayuran yang belum dimasakdan ulam-ulaman
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Guna tandas yangsempurna
- Buang sampah ditempat yang betul
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit danmuntah-muntah
Sumber: Info Sihat
Tags:
banjir