Program Anak Angkat 2014 anjuran Pelajar Kursus Pembangunan Insaniah, Fakulti Pengajian Islam Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Kg. Tenambak Kuala Penyu pada 24 – 26 Januari 2014 yang lalu.
Pihak pengajur telah menjemput Hospital Kuala Penyu untuk mengadakan Promosi dan Pemeriksaan Kesihatan sempena penutupan program tersebut pada 26 Januari 2014.
Jawatankuasa Promosi Hospital Kuala Penyu telah menyelaraskan promosi hospital yang terdiri daripada Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang dilaksanakan oleh Unit Jabatan Pesakit Luar yang diketuai oleh PPPK David Engkuan dan Kempen Derma Darah yang diketuai oleh En. Abdul Tahar Bin Mukrin
Laporan Disediakan Oleh:
MD. RAIS AG. DAMIT
Penyelaras Jawatankuasa Promosi
Hospital Kuala Penyu
Tags:
kuala
penyu
pameran
pemeriksaan
tenambak