Slogan
Prihatin, Berkualiti, Profesionalisme
Moto
Kesihatan Nadi Kehidupan
Logo

| Komponen | Maksud |
|---|---|
| Warna Merah | Melambangkan keberanian dan disiplin anggota dalam perkhidmatan perubatan dalam semua aspek |
| Warna Biru | Melambangkan perpaduan dan sikap kerjasama antara semua anggota perubatan dalam keharmonian dalam perkhidmatan |
| Warna Kuning | Melambangkan kecemerlangan, kewibawaan dan personaliti yang sempurna dalam perkhidmatan |
| Gabungan warna Merah Biru dan Kuning | Melambangkan kesatuan semua aspek untuk mencapai misi,visi dan objektif Hospital Kuala Penyu dalam taraf perkhidmatan perubatan yang sempurna |
| Bulan Sabit Merah | Adalah satu simbol perubatan |
| Nadi Jantung | Melambangkan moto "Kesihatan Nadi Kehidupan" |
| Bulatan | Mewujudkan anggota Hospital Kuala Penyu bekerja dalam satu pasukan |
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

