Visi
Ke arah masyarakat sihat melalui sistem perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan dan beretika kepada semua peringkat masyarakat di daerah Kuala Penyu.
Misi
Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Kuala Penyu dan daerah sekitarnya melalui perkhidmatan rawatan yang adil dan saksama serta efisien, menggunakan teknologi yang bersesuaian serta mesra pelanggan.
Objektif
Dasar Kualiti
Kami adalah komited untuk menjadikan HKP sebagai sebuah jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap Sistem Pengurusan Kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

