Tidak, UKSP adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala JKM adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Pesakit mestilah mendapat rawatan di Hospital Kuala Penyu, Sabah dan dirujuk oleh doktor pakar ataupun pegawai perubatan dengan Borang Rujukan Unit Kerja Sosial Perubatan.
Tidak boleh, pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada doktor pakar ataupun pegawai perubatan di Hospital Kuala Penyu, Sabah.
Bagi hospital atau klinik kesihatan yang tidak mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan, pesakit perlu dirujuk kepada pakar / pegawai perubatan di Hospital Kuala Penyu.
Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

