(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Orientasi Jururawat Gred U32 JKN Sabah Jun 2013
Kursus Orientasi Jururawat Gred U32 JKN Sabah
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 20-Jun-2013

Pada 17-19 Jun 2013, Unit Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menganjurkan Kursus Orientasi Jururawat Gred U32 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hospital Kuala Penyu selama 3 hari bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Objektif utama kursus adalah sebagai program pemantapan dan pendedahan kepada semua Jururawat Terlatih Gred U29 diseluruh negeri Sabah yang baru menerima kenaikan pangkat ke Jawatan Ketua Jururawat Gred U32.

Seramai 55 peserta terdiri dari Ketua Jururawat U32 dari seluruh Sabah telah menghadiri kursus ini.

Penceramah yang terlibat ialah seperti Matron Maura Primus Ewot, Matron Masni Baliran, Matron Alice Wong, Matron Eugine, Matron Monica Chee, Ketua Jururawat Roseni Anggang dan Ketua Jururawat Rosmah Naming.