(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Pengurusan Aset 2012
Kursus Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan 2012
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 18-Jul-2012

KUALA PENYU - Pada 18-19 Julai 2012 yang lalu satu Kursus Tatacara Pengurusan Aset telah diadakan di Hospital Kuala Penyu. Kursus ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Budaya Korporat Hospital Kuala Penyu bersama Unit Pengurusan Stor dan Aset Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Ia telah berlangsung selama dua hari dengan peserta yang berbeza yang terdiri dari anggota Hospital Kuala Penyu.

Objektif utama kursus adalah untuk meningkatkan pemahaman anggota Hospital Kuala Penyu mengenai tatacara pengurusan aset kerajaan dengan betul. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Roza J. Anthony Mojigoh, Penolong Pegawai Tadbir dari Unit Pengurusan Aset JKNS. Beliau dibantu dua fasilitator, Encik Mohd. Safar Bin Ag Jaludin dan Cik Maryln Aplasca juga dari JKNS.

Kandungan utama program kursus adalah ceramah mengenai Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bilangan 5 Tahun 2007, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA).

Selain itu, untuk menguji pemahaman peserta sebelum dan selepas kursus, pre-test dan post-test berserta latih amal berkumpulan turut diadakan. Kumpulan terbaik dan peserta terbaik telah diberikan hadiah oleh urusetia kursus sebagai galakan - LIOMJ