(https://hkp.moh.gov.my)

Penilaian Akreditasi HKP oleh MSQH 2011
Penilaian Akreditasi Hospital Kuala Penyu oleh MSQH 2011
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 26-Jun-2011

Setelah sekian lama membuat persediaan untuk pengiktirafan akreditasi, akhirnya pada 21 sehingga 23 Jun 2011 yang lalu, Penilaian Akreditasi untuk kali pertama  Hospital Kuala Penyu bagi pensijilan akreditasi telah dijalankan oleh pihak Malaysian Society Quality For Health (MSQH). Empat panel penilai telah dipilih MSQH untuk menilai Hospital Kuala Penyu iaitu:

 

Dr Mohd Shah Idris (Ketua Penilai)
Pengarah Hospital
Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
 
Y Bhg Dato’ Dr Hasim Mohammad
Pakar Perunding Kanan, Jabatan Pembedahan
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
 
Dr Zubaidah Abd Wahab
Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Patologi,
Hospital Sungai Buloh, Selangor
 
Ms. Phoo Siew Kwok
Director of Nursing
KPJ Ipoh Specialist Hospital, Perak

Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawai kualiti yang telah ditetapkan. Standard ini telah ditetapkan oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH).

Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan   namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu  untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada. Selain itu ia juga membantu untuk menyediakan  perkhidmatan & persekitaran yang selamat, kepatuhan kepada etika professional, pengurusan & rawatan yang sesuai, perkhidmatan value for money dan juga sebagai langkah proaktif organisasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Keputusan penilaian akreditasi Hospital Kuala Penyu oleh pihak MSQH akan diketahui dalam masa 1-3 bulan.