(https://hkp.moh.gov.my)

Akreditasi msqh 2019
HKP berjaya mendapat Persijilan Akreditasi MSQH Pusingan ke-3
Category : Pencapaian | Published by Hospital Kuala Penyu on 18-Nov-2019

Sukacita dimaklumkan, Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat Persijilan Good Achievement Akreditasi Malaysian Society Quality For Health (MSQH) Pusingan Ketiga Selama 4 Tahun Bermula Dari 20 Ogos 2019 sehingga 19 Ogos 2023.

Penilaian untuk pensijilan ini telah dilakukan oleh Pasukan Panel Penilai dari MSQH pada 22-24 Julai 2019 yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada warga kerja Hospital untuk memberikan perkhidmatan berterusan yang terbaik kepada rakyat.

Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada.