(https://hkp.moh.gov.my)

Lawatan Benchmarking EKSA Hospital Kudat ke HKP
Lawatan Benchmarking EKSA Hospital Kudat ke HKP Tahun 2019
Category : Lawatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 25-Jun-2019

KUALA PENYU - Pada 21 Jun 2019 yang lalu bersamaan dengan hari Jumaat, Hospital Kudat Sabah telah mengadakan Lawatan Benchmarking Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Hospital Kuala Penyu sempena persiapan mereka untuk menghadapi Penilaian EKSA dari pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sabah.

Untuk rekod Hospital Kuala Penyu pernah mengadakan Lawatan Benchmarking EKSA di Hospital Kudat pada tahun 2016.

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang diamalkan oleh sektor awam kerajaan bagi mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.

Rombongan Lawatan Hospital Kudat yang tiba di HKP pada kira-kira jam 9.00 pagi telah diketuai oleh Penyelia Jururawat Hospital Kudat, Matron Tariah Binti Abdul dan Penyelaras EKSA Hospital Kudat Sr Misbah Alashun, serta diiring oleh 6 Ahli Jawatankuasa EKSA Hospital Kudat yang lain.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang lawatan ini adalah Tayangan Video Pengenalan Hospital Kuala Penyu, Taklimat EKSA Hospital Kuala Penyu oleh Penyelaras EKSA HKP iaitu En Asmi Etin, Lawatan Benchmark ke Unit-Unit Hospital Kuala Penyu, Penyampaian Cenderahati dan Jamuan Ringan.

Sepanjang lawatan, rombongan Hospital Kudat dan juga Hospital Kuala Penyu telah bertukar komen dan pandangan mengenai ilmu dan pengetahuan aktiviti dan implementasi EKSA dalam Hospital masing-masing.

Lawatan berakhir pada kira-kira jam 11.30am.

Laporan Disediakan oleh :
Lionel Michael Jominin
Ketua AJK Promosi EKSA
Hospital Kuala Penyu