(https://hkp.moh.gov.my)

Latihan Bencana Laut 2018
Latihan Bencana Laut Daerah Kuala Penyu 2018
Category : Berita HKP | Published by HKP on 17-Dec-2018

KUALA PENYU - Pada 18 Disember 2018 bersamaan hari Selasa, Pejabat Daerah Kuala Penyu dengan kerjasama Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan Latihan Bencana Laut peringkat Daerah Kuala Penyu

Lokasi latihan ini telah diadakan dikawasan perairan Pulau Tiga, Kuala Penyu di mana senario latihan adalah sebuah bot pelancong yang dinaiki seramai 14 orang telah karam. Latihan ini merupakan persiapan untuk menghadapi sebarang bencana serta menilai penyelarasan semua agensi-agensi yang terlibat terutamanya di Daerah Kuala Penyu bagi menghadapi sebarang bencana mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Turut terlibat secara langsung dalam Latihan Bencana Laut ini adalah agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Majlis Daerah Kuala Penyu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu, Jabatan Penerangan Kuala Penyu dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. Selain daripada itu, pengusaha pelancongan di Daerah Kuala Penyu iaitu Jass Adventure Holidays, Mayana Cruise, Mega Sea, Pulau Tiga Express dan Times Holidays Travels & Tours turut terlibat dalam menjayakan latihan bencana laut ini.

Hospital Kuala Penyu turut menjemput Dr. Suzana Awang Piut dan PPPK Idrus dari Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas serta Dr A.L Liza Binti Abd Latip Pegawai Kesihatan Kawasan (PKK) Beaufort dan Dr Mohammad Azlan Bin Raiman dari Hospital Beaufort untuk menjadi pemerhati sepanjang Latihan Bencana Laut ini bagi memberi sebarang input dan teguran sepanjang latihan bencana diadakan.