(https://hkp.moh.gov.my)

Kempen Kenali Ubat Anda Sempena Minggu Tanpa Tembakau 2018
Kempen Kenali Ubat Anda Mei & Jun 2018
Category : Kempen Kesihatan | Published by HKP on 04-Jun-2018

Dua Kempen Kenali Ubat Anda telah dianjurkan oleh Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu masing-masing pada 24 Mei 2018 sempena Hari Kaamatan dan 6 Jun 2018 sempena Minggu Tanpa Tembakau 2018.

Aktiviti yang diadakan pada kempen ini adalah termasuk ceramah kenali ubat anda, pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, jenis-jenis dosej ubat, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya. Kedua-dua pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah mendapat sambutan dari orang awam Kuala Penyu dan akan diteruskan dari masa ke semasa.

Laporan Disediakan
Tan Chu Ping
Pegawai Farmasi UF41
Unit Farmasi DIS
Hospital Kuala Penyu