(https://hkp.moh.gov.my)

Sinar-X
Sinar - X (X-Ray)
Category : Info Kesihatan | Published by HKP on 09-Jan-2018

Sejarah X-Ray

Pada 8 November 1895, Wilhem Konrad Roentgen berbangasa Jerman telah menemui suatu cahaya yang tidak kelihatan berupaya menembusi berbagai jenis tisu badan manusia. Beliau menamakan cahaya tersebut X-RAY

Imej yang terhasil dirakamkan ke filem fotografi yang dipanggil Radiograf. Perubatan radiografi yang kini dikenali dengan nama “ Pengimejan Diagnostik” adalah satu alat diagnostik membantu para doktor untuk memastikan suatu penyakit atau kecederaan secara positif.

Adakah Sinar - X ( X-Ray) Merbahaya ?

Oleh sebab sinar – X boleh memusnahkan sel-sel tubuh, maka ia merbahaya kepada kesihatan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Beberapa Undang – Undang dan Peraturan telah ditetapkan bagi mengelakkan bahaya atau kerosakkan yang mungkin berlaku akibat tindakan sinaran –X ke atas tubuh manusia.

Sinaran-X tidak merbahaya jika digunakan secara terkawal dengan penggunaan yang minima.

Peringatan Untuk Wanita
Sila beritahu kakitangan yang bertugas di Kaunter Pendaftaran atau kepada Juru X-Ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
Disusun dan disediakan oleh
Unit Radiologi
Hospital Kuala Penyu