(https://hkp.moh.gov.my)

Pameran Kenali Ubat Anda Sempena Program Jelajah Kasih Kali Ke -11
Pameran Kenali Ubat Anda di SK Sinapokan Menumbok
Category : Kempen Kesihatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 27-Aug-2017

Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah dianjurkan oleh Unit Farmasi sempena sambutan Program Jelajah Kasih Kali ke-11 di SK Sinapokan Menumbok pada 19 Ogos 2017 yang lalu. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ dijalankan bermula 8 pagi hingga 1 petang dan melibatkan 3 orang staf farmasi (2 Pegawai Farmasi dan 1 Pembantu Perawatan Kesihatan).

Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah mendapat sambutan dari orang awam. Terdapat sejumlah 28 pelawat yang telah mengunjungi pameran tersebut. Informasi diberi kepada pesakit secara lisan dan/atau secara bertulis melalui leaflet dan pamphlet.

Laporan disediakan oleh,
TAN CHU PING
Pegawai Farmasi UF41
Unit Farmasi Logistik
Hospital Kuala Penyu