(https://hkp.moh.gov.my)

Audit Surveillance MS-ISO 2016
Surveillance Audit MS-ISO 9001:2008 SIRIM di HKP
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 15-Oct-2016

Pada 13 hingga 14 Oktober 2016 bertempat di Hospital Kuala Penyu, Program Surveillance Audit SIRIM MS-ISO 9001:2008 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan. Untuk rekod ini merupakan Surveillance Audit pertama untuk HKP setelah mendapat persijilan MS-ISO 9001:2008 buat pertama kalinya untuk tempoh 22 Oktober 2015 sehingga 14 September 2018 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd

Surveillance Audit ini telah dikendalikan oleh Pasukan Juruaudit SIRIM yang terdiri daripada Sepanjang 2 hari program audit, Pasukan Juruaudit SIRIM telah meronda seluruh unit dan kawasan Hospital Kuala Penyu dan juga menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu bagi melakukan audit lengkap seterusnya menetapkan piawaian kualiti untuk Hospital Kuala Penyu.

Di akhir Program Audit pada tengahari 14 Oktober 2016, pasukan Juruaudit telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka. Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM, diambil positif oleh pihak Hospital Kuala Penyu dan pihak Hospital akan cuba melaksanakannya dan membuat penambahbaikan sebaik mungkin.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Laporan Oleh
Lionel Michael Jominin
Penyelaras MS-ISO
Hospital Kuala Penyu