(https://hkp.moh.gov.my)

Bencana Udara KP 2016
Latihan Bencana Udara Kuala Penyu
Category : Berita HKP | Published by Hospital Kuala Penyu on 21-Nov-2016

KUALA PENYU - Pada 17 November 2016 bersamaan hari Khamis, Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan Latihan Bencana Udara peringkat Daerah Kuala Penyu dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Penyu dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort.

Latihan ini yang merupakan hasil inisiatif Hospital Kuala Penyu telah diadakan untuk sebagai persiapan menghadapi sebarang bencana dan juga untuk menilai penyelarasan semua agensi-agensi yang terlibat terutamanya di Daerah Kuala Penyu bagi menghadapi sebarang bencana mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Turut terlbat secara langsung dalam Latihan Bencana Udara ini adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Akedemi Helikopter Layang-Layang, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Majlis Daerah Kuala Penyu, Jabatan Penerangan Kuala Penyu, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Sapura.

Lokasi Latihan ini diadakan di sebuang Ladang Getah di Kg Tenambak, Kuala Penyu