(https://hkp.moh.gov.my)

Kempen Kenali Ubat Anda 2016
Pameran Kenali Ubat Anda Bil 3/2016
Category : Kempen Kesihatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 18-Oct-2016

Pada 17 Oktober 2016 (Isnin) yang lalu, Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu telah mengadakan pameran Kenali Ubat Anda sempena Minggu Keselamatan Pengubatan HKP. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran di kalangan orang awam mengenai kepentingan penggunaan ubat-ubatan yang betul. Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan, Kuiz dan sebagainya. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan program bersurai pada jam 5 petang.

Pameran ini akan diadakan sehingga 20 Oktober 2016 di Hadapan Unit Farmasi Pesakit Dalam

Berikut adalah butiran-butiran kempen Kenali Ubat Anda
1) Jumlah peserta yang terlibat : 56 Peserta

2) Anggota Farmasi yang Terlibat :
- Pn Hana Fariza Muhammad Yunus
- Cik Menartani Krishna
- Cik Tan Chu Ping
- En Abu Bakar Bin Ali Ahmad
- Pn Georgiane Mijis

Laporan Disediakan
Menartani Krishna
Unit Klinikal & DIC
Pegawai Farmasi UF41