(https://hkp.moh.gov.my)

Kenali Ubat Anda 2016
Program Kenali Ubat - Pesta Rumbia 2016
Category : Kempen Kesihatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 31-Aug-2016

Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lalu, Pesta Rumbia telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Kuala Penyu di Dewan Shahbandar Kuala Penyu. Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu telah dijemput untuk memberikan pameran Kenali Ubat Anda dan menjadi ahli panel untuk menjawab soalan dari orang awam.

Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, sesi forum bersama ahli panel, Kuiz dan sebagainya. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan program bersurai pada jam 1 petang.

Berikut adalah butiran-butiran kempen Kenali Ubat Anda
1) Jumlah peserta yang terlibat : 56 Peserta
2) Anggota Farmasi yang Terlibat :
- Pn Hana Fariza Muhammad Yunus
- En Ahmad Afiq B Rahim
- Cik Jayne Lim Jia Ying
- En Abu Bakar Bin Ali Ahmad

Laporan Disediakan
MENARTANI KRISHNA
Unit Klinikal & DIC
Pegawai Farmasi UF41