(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Laktasi 2016
Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi HKP
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 02-Aug-2016

Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi Kuala Penyu sekali lagi telah mengadakan Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi pada 26-28 Julai 2016 bertempat di Bilik Seminar Surau As-Syifa HKP. Penyertaan adalah seramai 11 orang peserta dari anggota Hospital Kuala Penyu.

OBJEKTIF UMUM :
Untuk memberi pengetahuan kepada peserta dalam pengurusan laktasi kearah mengekalkan status Hospital Rakan Bayi.

OBJEKTIF SPESIFIK :
Selain itu peserta juga diharap dapat menjadi individu yang boleh dirujuk dalam pengurusan laktasi. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan pada masa akan datang.

Laporan disediakan:
JBT Asimah Masri
Dewan Bersalin
Hospital Kuala Penyu