(https://hkp.moh.gov.my)

Program Saringan Skoliosis 2016
Program Saringan Skoliosis Oleh Unit Rehabilitasi HKP di SK St Joseph Kuala Penyu
Category : Kempen Kesihatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 13-May-2016

Pada 12 Mei 2016 yang lalu, Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu telah menjalankan Program Saringan Skoliosis bagi Pelajar Sekolah Rendah pada 12 Mei 2016, bertempat di sekolah Sk. St. Joseph Kuala Penyu. Program anjuran Unit Rehabilitasi ini julung kali diadakan di daerah Kuala Penyu dan sekolah Sk. St. Joseph merupakan sekolah rintis bagi program tersebut.

Program ini melibatkan seramai 68 orang murid di sekolah tersebut. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberikan kesedaran awal kepada guru-guru amnya dan murid-murid khususnya mengenai skoliosis.

Pada masa kini terdapat banyak kes-kes skoliosis yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya yang mana boleh dicegah daripada menjadi lebih teruk sekiranya dikesan lebih awal, maka program ini sangat sesuai dijalankan di sekolah rendah bagi mengesan pelajar-pelajar yang berisiko untuk mendapat skoliosis peringkat umur seawal 7 tahun.

Rawatan awal boleh membantu mengurangkan risiko tanda-tanda awal skoliosis sekaligus membantu mencegah daripada bertambah teruk. Program saringan ini akan dilanjutkan ke sekolah-sekolah rendah lain yang terdapat di daerah Kuala Penyu.

Laporan Disediakan Oleh
Md. Rais Ag. Damit
Ketua Unit Rehabilitasi
Hospital Kuala Penyu