(https://hkp.moh.gov.my)

Program Kupi-Kupi Dulu Ba 2016
Program Kupi-Kupi Dulu Ba 2016
Category : Kempen Kesihatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 12-May-2016

Pada 5 Mei 2016 (Khamis) yang lalu, Program Kupi-Kupi Ba telah dianjurkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) cawangan Kuala Penyu di Balai Raya Kg Menumpang, Kuala Penyu. Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu telah dijemput untuk memberikan pameran Antidadah dan Kenali Ubat Anda dan menjadi ahli panel untuk menjawab soalan dari orang awam.

Anggota Farmasi yang terlibat adalah En. Lee Wei Chuan dan Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus. Seramai 40 orang awam yang mengunjungi Pameran Kenali Ubat Anda. Aktiviti lain yang diadakan termasuk pameran antidadah dan ubat, sesi forum bersama ahli panel (wakil AADK, Cure and Care, Jabatan Narkotik PDRM ,FMS Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort dan Wakil Farmasi Hospital Kuala Penyu), kuiz anti dadah, kuiz Ubat-Ubatan dan sebagainya. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan program bersurai pada jam 1 petang.

Laporan Disediakan
Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu