(https://hkp.moh.gov.my)

Konvensyen KIK Kali Ke 23 JKN Sabah - The Pickers
Konvensyen KIK Kali Ke 23 JKN Sabah
Category : Berita HKP | Published by Hospital Kuala Penyu on 16-Mar-2016

Pada 09 Mac- 11 Mac 2016 yang lalu, kumpulan The Pickers yang mewakili Kumpulan Inovatif dan Kreatif Hospital Kuala Penyu (HKP) telah menyertai Konvensyen KIK Kali Ke 23 Tahun 2016 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu yang bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Kota Kinabalu.

Projek yang kami persembahkan adalah SMART Q iaitu kaedah inovasi yang dihasilkan Unit Farmasi HKP bagi memudahkan pesakit berurusan di kaunter farmasi Jabatan Pesakit Luar HKP mengguna bahan terbuang.

Pertandingan tersebut merangkumi persembahan projek, pameran projek dan viva projek. Kumpulan The Pickers berjaya memperolehi tempat ke-3 bagi kategori teknikal untuk Konvensyen KIK tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Ahli Kumpulan The Pickers terdiri daripada:

Mohammad Fadhlul Hadi Bin Abd Gani (Pegawai Penyelaras)
Siti Sakinah Binti Abdul Rahim (Fasilitator)
Masli Assan (Ketua Kumpulan)
Mazli Salleh (Ahli)
Abu Bakar B Ali Ahmad (Ahli)
Mohd Salleh Bin Hamiddin (Ahli)

Laporan Disediakan
Siti Sakinah Binti Abdul Rahim
Fasilitator Kumpulan The Pickers
Hospital Kuala Penyu