(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Keselamatan Ubat HKP 2015
Kursus Keselamatan Ubat HKP 2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 16-Dec-2015

Pada 26 November 2015 yang lalu, Kursus Keselamatan Ubat Bil 1/2015 Hospital Kuala Penyu telah diadakan di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu. Seramai 20 orang peserta termasuk dari Hospital Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Kerukan, Klinik Kesihatan Kuala Penyu dan Klinik Kesihatan Menumbok telah menghadiri kursus. Kursus dikendalikan oleh Pegawai Farmasi Ho Shing Yang dan penceramah dari Unit Farmasi dan Kejururawatan telah dijemput untuk memberi ceramah.

Tujuan Kursus diadakan adalah untuk meningkatan ilmu pengetahuan tentang pengunaan ubat dan memberi kesedaran kepada staf terutamanya yang terlibat dalam pemberian ubat kepada pesakit supaya mengelakan berlakunya kesilapan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi quiz, ceramah dengan sesi soal jawab, kerja dan pembentangan berkumpulan. Sambutan kursus adalah bagus dan diharapakan akan diteruskan pada tahun hadapan.

Laporan Disediakan Oleh
Ho Shing Yang
Pegawai Farmasi U41
Unit Farmasi
Hospital Kuala Penyu