(https://hkp.moh.gov.my)

Jamuan Akhir Tahun 2015 Wad Lelaki HKP
Jamuan Akhir Tahun 2015 Wad Lelaki HKP
Category : Majlis Sambutan | Published by Hospital Kuala Penyu on 15-Dec-2015

Pada 9 Disember 2015 yang lalu, Wad Lelaki Hospital Kuala Penyu telah menganjurkan jamuan makan sempena sambutan Krismas dan juga sambutan hari lahir bagi anggota Wad Lelaki yang lahir pada Bulan November dan juga Disember.

Tujuan aktiviti adalah untuk mengeratkan hubungan di antara angggota Wad Lelaki, Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat , Ketua-Ketua Unit dan juga semua anggota Hospital Kuala Penyu.

Antara aktiviti yang diadakan selain dari jamuan makan dalah sesi bertukar hadiah dan sesi bergambar. Walaupun diadakan secara kecil-kecilan majlis diadakan tetap meriah dengan kehadiran anggota dari pelbagai unit.

Laporan Disediakan Oleh
Sr Simpol Yussof
Ketua Jururawat
Unit Wad Lelaki
Hospital Kuala Penyu