(https://hkp.moh.gov.my)

Antibiotic Awareness Week - Pharmacy HKP 2016
Minggu Kesedaran Antibiotik HKP 2015
Category : Kempen Kesihatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 07-Dec-2015

Minggu Kesedaran Antibiotik telah diadakan di seluruh hospital-hospital bawah Kementerian Kesihatan Malaysia pada 16-22 November 2015. Di Hospital Kuala Penyu pula, minggu ini disambut dengan pameran info antibiotik, penerangan tentang kerintangan dan pengikraran orang awam dan kakitangan HKP untuk menggunakan antibiotik dengan bertanggungjawab.



Diharapkan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang minggu ini dapat memberi kesedaran kepada orang awam dan kakitangan HKP untuk lebih bertanggungjawab dalam penggunaan antibiotik sekaligus mengurangkan kejadian kerintangan antibiotik."

Laporan Disediakan Oleh
Lee Wei Chuan
Pegawai Farmasi U44
Unit Farmasi Logistik
Hospital Kuala Penyu