(https://hkp.moh.gov.my)

Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM ke HKP 2015
Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM ke HKP 2015
Category : Lawatan | Published by Hospital Kuala Penyu on 24-Nov-2015

Pada 18 November yang lalu, Dato Dr Hj. Azman bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama rombongan telah melakukan lawatan ke Hospital Kuala Penyu. Hospital Kuala Penyu merupakan salah satu Hospital yang dilawat beliau di Sabah sempena sesi lawatan kerja beliau ke hospital-hosital sekitar Sabah dari 16 sehingga 19 November 2015. Antara objektif lawatan ini adalah untuk mengetahui secara lebih dekat lagi tentang projek-projek serta masalah-masalah yang dihadapi Hospital di Sabah.

Pada hari lawatan tersebut, ketibaan Dato Dr Hj. Azman bin Abu Bakar serta rombongan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) pada kira-kira jam 4.30pm telah di sambut oleh Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad bersama anggota Hospital Kuala Penyu. Antara pengisian lawatan ini adalah persembahan multimedia HKP, pembentangan Pengarah HKP, ucapan balas Dato Dr Hj. Azman bin Abu Bakar, penyampaian cenderahati, lawatan ke Unit Kecemasan HKP, jamuan makan dan sesi bergambar.

Antara initipati ucapan Dato Dr Hj. Azman bin Abu Bakar, beliau telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga Hospital Kuala Penyu atas pencapaian mendapat pelbagai persijilan dan pegiktirafan kualiti. Beliau juga menyarankan semua harga Hospital dapat melakukan kerja secara multi tasking bagi meneruskan pencapai Hospital.

Dato Dr Hj. Azman bin Abu Bakar serta rombongan bertolak dari Hospital Kuala Penyu pada kira-kira jam 8.30 malam.

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29
Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP