(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi HKP  2016
Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi HKP 2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 21-Nov-2015

Pada 17 November sehingga 19 November 2015 yang lalu, Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi Kuala Penyu telah mengadakan Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi bertempat di Bilik Mesyuarat Surau As-Syifa Hospital Kuala Penyu (HKP). Kursus ini telah diadakan untuk anggota kesihatan yang terdiri daripada anggota Hospital Kuala Penyu dan anggota kesihatan dari beberapa klinik yang berdekatan.

Seramai 20 orang anggota telah menghadiri kursus tersebut di mana kursus ini merupakan kursus pertama yang diadakan pada tahun ini untuk memenuhi kriteria baru Hospital Rakan Bayi. Di antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memastikan peserta yang belum pernah mengikuti Kursus 20 Jam Pengurusan Laktasi mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan laktasi serta dapat memainkan peranan dalam menyokong penyusuan susu ibu di Hospital Kuala Penyu serta klinik berdekatan.

Laporan Disediakan Oleh
Rosmah Naming
Ketua Jururawat U32
Dewan Bersalin HKP