(https://hkp.moh.gov.my)

Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2008 HKP 2015
Program Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2008 HKP 2015
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 22-Aug-2015

Pada 24 hingga 25 Ogos 2015 bertempat di Hospital Kuala Penyu, Program Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2008 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan. Untuk rekod ini merupakan audit akhir atau peringkat kedua untuk HKP bagi mendapatkan persijilan MS-ISO 9001:2008 buat pertama kalinya. Audit pertama oleh SIRIM telah diadakan di HKP pada 8 Jun 2015 yang lalu.

Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2008 HKP ini telah dikendalikan oleh Pasukan Juruaudit SIRIM yang terdiri daripada

MS ISO 9001:2008 adalah satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan

Maka dengan itu, melalui Sistem Pengurusan Kualiti berserta persijilan MS ISO 9001:2008, adalah menjadi hasrat Hospital Kuala Penyu untuk menunjukkan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, peraturan dan perundangan yang berkaitan sekaligus menambah kepuasan pelanggan melalui penggunaan sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan berterusan.

Sepanjang 2 hari program audit, Pasukan Juruaudit SIRIM telah meronda seluruh unit dan kawasan Hospital Kuala Penyu dan juga menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu bagi melakukan audit lengkap seterusnya menetapkan piawaian kualiti untuk Hospital Kuala Penyu.

Di akhir Program Audit pada petang 25hb Ogos 2015, setiap Juruaudit telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka. Wakil-wakil dari Hospital berdekatan seperti Hospital Beaufort telah hadir bersama anggota-anggota dan Ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu untuk mendengar laporan penemuan pada petang itu.

Program Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2008 selama 2 hari oleh SIRIM ini telah sedikit sebanyak membantu Hospital Kuala Penyu untuk meneruskan dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan hospital menerusi Sistem Pengurusan Kualiti Hospital. Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM, diambil positif oleh pihak Hospital Kuala Penyu dan pihak Hospital akan cuba melaksanakannya dan membuat penambahbaikan sebaik mungkin.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.