(https://hkp.moh.gov.my)

Audit Akreditasi 2015 MSQH
Program Audit Akreditasi MSQH HKP 2015
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 19-Aug-2015

KUALA PENYU - Pada 17 hingga 19 Ogos 2015 bertempat di Hospital Kuala Penyu, Program Audit Akreditasi Edisi ke-4 oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH) telah diadakan. Untuk rekod ini merupakan audit akreditasi pusingan kedua untuk Hospital Kuala Penyu setelah mendapat Persijilan Akreditasi MSQH selama 3 Tahun buat pertama kalinya pada 24 Jun 2011 sehingga 23 Jun 2014.

Program Audit Akreditasi MSQH pada kali ini telah dikendalikan oleh Pasukan Surveyor Akreditasi MSQH yang terdiri daripada

Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawai kualiti yang telah ditetapkan. Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada.

Selain itu ia juga membantu untuk menyediakan perkhidmatan & persekitaran yang selamat, kepatuhan kepada etika professional, pengurusan & rawatan yang sesuai, perkhidmatan value for money dan juga sebagai langkah proaktif organisasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Sepanjang 3 hari program, Pasukan Surveyor Akreditasi MSQH telah meronda seluruh unit dan kawasan Hospital Kuala Penyu dan juga menemuramah anggota dan ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu bagi melakukan audit lengkap seterusnya menetapkan piawaian untuk Hospital Kuala Penyu.

Di akhir Program Audit Akreditasi MSQH HKP 2015 iaitu pada petang 19hb Ogos 2015, setiap surveyor telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka sepanjang program audit dalam Summation Conference.

Wakil-wakil Hospital dari beberapa Hospital seluruh Sabah juga telah hadir bersama anggota-anggota dan Ketua-ketua Unit Hospital Kuala Penyu untuk mendengar laporan penemuan pada petang itu. Program Audit selama 3 hari oleh MSQH ini telah sedikit sebanyak membantu Hospital Kuala Penyu untuk meneruskan dan menambahbaik kualiti perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan hospital.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.