(https://hkp.moh.gov.my)

Mock Survey Akreditasi HKP 2015
Program Mock Survey Akreditasi HKP 2015
Category : Program Audit | Published by Hospital Kuala Penyu on 09-Jul-2015

Pada 7 hingga 9 Julai 2015 bertempat Hospital Kuala Penyu, Program Mock Survey Akreditasi Hospital Kuala Penyu (HKP) telah diadakan. Mock Survey ini telah dikendalikan oleh Pasukan Surveyor Akreditasi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNSabah) diketuai oleh Dr Ferous Alias iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan di Unit Pembangunan Perubatan di JKNSabah dan merangkap Penyelaras Akreditasi Hospital-Hospital di Sabah

Tujuan Mock Survey Akreditasi ini adalah bertujuan sebagai persediaan Hospital Kuala Penyu untuk menghadapi Penilaian Akreditasi Edisi ke-4 kali kedua HKP oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH) yang dijangkakan akan diadakan pada 17-19 Ogos 2015

Berikut merupakan senarai penuh barisan surveyor selama 3 hari tersebut yang terdiri daripada:

Pemerhati jemputan


Di akhir program Mock Survey setiap surveyor telah melakukan pembentangan mengenai penemuan-penemuan mereka sepanjang program mock survey. Program diakhiri dengan penggulungan oleh Dr Ferous Alias, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Adalah diharapkan setiap anggota Hospital Kuala Penyu dapat menerima segala teguran secara positif dan membuat penambahbaikan ke atas semua teguran yang telah diberikan sebelum menghadapi Penilaian Akreditasi Hospital oleh Malaysian Society Quality For Health (MSQH) pada bulan Ogos depan.

Laporan Disediakan oleh :
Lionel Michael Jominin
Hospital Kuala Penyu.