(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Antinatal dan Perinatal HKP 2015
Program Antenatal dan Postnatal HKP 2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 26-Apr-2015

Pada 27 April 2015, Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Program Antenatal dan Postnatal yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Kuala Penyu. Program ini dihadiri seramai 20 orang peserta termasuk pengiring iaitu suami dan jururawat masyarakat yang mewakili klinik kesihatan dan klinik desa yang terdapat di sekitar Kuala Penyu.

Program ini telah dirasmikan oleh wakil Pengarah, Encik Md. Rais Ag. Damit selaku Ketua Unit Rehabilitasi. Kursus ini telah bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan mengenai proses kehamilan, penjagaan kesihatan dan kecergasan kepada ibu-ibu hamil dan suami mereka. Peserta program ini terdiri daripada ibu mengandung 16 minggu ke atas dan ditemani oleh suami masing-masing.

Antara pengisian kursus ini adalah gangguan yang berlaku semasa kehamilan yang disampai oleh Matron Jaradah Pustin dari klinik ibu dan anak daerah Kuala Penyu. Seterusnya, diet yang seimbang semasa kehamilan yang disampaikan oleh Ketua Jururawat Siti Ruqayah dari klinik ibu dan anak daerah Kuala Penyu.

Selain itu, risiko-risiko semasa mengandung yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Doktor Suvindran A/L Rajandiran dari Hospital Kuala Penyu.

Satu ceramah ringkas telah diberikan oleh Cik Jacquenne Nicholos mengenai pengenalan dan peranan Jurupulih Pemulihan Carakerja dalam menangani masalah-masalah yang timbul semasa dan selepas kehamilan. Pada sebelah petang pula, sesi praktikal telah diadakan iaitu senaman Antenatal dan Postnatal yang disampaikan oleh Cik Aileen Vincent dan Encik Md. Rais Ag. Damit.

Diharap kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta menambah pengetahuan kepada kakitangan yang mengikuti kursus ini.

Laporan Disediakan Oleh

Unit Rehabilitasi
Hospital Kuala Penyu