(https://hkp.moh.gov.my)

Kursus Kawalan Infeksi HKP 2015
Kursus Kawalan Infeksi HKP Bil 1/2015
Category : Kursus dan Latihan | Published by Hospital Kuala Penyu on 13-May-2015

Pada 12 Mei 2015 yang lalu, Kursus Kawalan Infeksi Bil 1/2015 telah diadakan di Bilik Seminar Dua Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus yang telah dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan (HKP).

Objekitif Kursus ini bukan saja untuk memperkenalkan fungsi Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan tetapi juga mengubah persepsi atau kebiasaan anggota Hospital Kuala Penyu tentang sebutan PPE dan peralatan yang berkaitan.

11 Orang dari 24 peserta (46%) yang mengamal dan memahami nama PPE dan peralatan seperti Clinical Waste Bin, General Waste Bin, Contaminated Linen Bag dan sebagainya.

Melalui kursus ini, diharapkan sedikit sebanyak anggota Hospital Kuala Penyu lebih memahami mengenai Kawalan Infeksi dan Pencegahan.

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29
Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP